วันพฤหัสบดีที่ 26 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Punca BN Tak Bertanding Di DUN Cempaka Tersebar



Najib dan Umno kemaruk kerajaan perpaduan? Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Umno tidak akan bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, keputusan yang dibuat selepas pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob semalam.

Najib yang juga Presiden Umno berkata beberapa faktor sudah dipertimbangkan yang menyebabkan mereka tidak bertanding dalam PRK tersebut.

"Majlis Tertinggi (Umno) mengambil keputusan untuk tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil N06 Chempaka," kata Najib pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas mempengerusikan mesyuarat Umno malam ini.

Najib menegaskan banjir besar yang melanda negeri Kelantan baru-baru ini juga sebagai faktor mereka tidak akan meletak calon di Chempaka.

"Kita ada beberapa sebab pokok mengapa kita ambil keputusan sedemikian, kita hendak tumpukan kepada kerja-kerja pemulihan banjir dan pembaikan di mana kerja tersebut masih sedang berjalan.

"Selain itu, masih banyak pihak yang perlu terima bantuan dan ini kita letak sebagai keutamaan," katanya.

Najib dan Umno kemaruk kerajaan perpaduan?

Selain isu banjir, Najib juga menekankan perpaduan ummah sebagai faktor yang menyebabkan Umno tidak meletak calon di Chempaka.

"Kedua, kita fikir kita perlu lihat kepada usaha membawa perpaduan ummah walaupun kita ada perbezaan politik dan sebagainya, tetapi kita perlu berikan keutamaan kepada perpaduan ummah," katanya.

Menurut Najib, keputusan Umno tidak bertanding tidak perlu dipertikaikan, malah semasa pilihan raya Bukit Gelugor lalu, Barisan Nasional (BN) juga membuat keputusan untuk tidak bertanding.

Keputusan yang dibuat hari ini juga sudah mendapat persetujuan di peringkat akar umbi.

Kerusi DUN Chempaka kosong selepas penyandangnya bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 10 Februari lalu.

Ura-ura Umno tidak akan bertanding di Chempaka sebelum ini bertiup kencang, malah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed juga sendiri memberikan pandangan peribadi supaya tidak bertanding di kerusi tersebut.

Bagaimanapun, keputusan ini bakal mengundang kritikan daripada banyak pihak, bahkan kumpulan pendesak Melayu Perkasa sebelum ini juga bertindak mengecam Umno yang enggan bertanding di Chempaka.

Pengumuman ini juga menimbulkan satu lagi spekulasi mengenai kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS.




Rupanya Berita Ini Propaganda Je..



Rupanya berita ini propaganda je. Pejabat Perdana Menteri perlu menjelaskan kenyataannya tentang harta peninggalan perdana menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein, atau berisiko dituduh mencemarkan legasinya, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini.

Bekas ketua pengarang kumpulan News Straits Times Press (NSTP) itu merujuk kepada kenyataan daripada adik-beradik Datuk Seri Najib Razak semalam yang menyatakan kebimbangan mereka terhadap spekulasi "bagaimana dan sejauh mana" harta peninggalan bapa mereka berikutan laporan The New York Times.

"Melainkan Pejabat Perdana Menteri segera bertindak dan menafikan ia pernah membuat kenyataan kepada NYT tentang harta peninggalan Najib, ia boleh dituduh mencemarkan memori tokoh tersebut.

"Propaganda Pejabat Perdana Menteri boleh melakukan apa sahaja walaupun tergadai etika dan moral bagi melindungi perdana menteri dan isterinya.

"Namun untuk mencemarkan dan tidak menghormati memori Tun Abdul Razak tidak boleh dimaafkan," tulis Kadir di blognya The Scribe hari ini.

Dalam kenyataan mereka semalam, 4 orang anak Razak – Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir berkata, bapa mereka terkenal dengan sikap berjimat serta integritinya.

Rupanya berita ini propaganda je.

Mereka berkata, amat bimbang dengan laporan berita baru-baru ini yang menimbulkan spekulasi tentang harta peninggalan bapa mereka.

Kenyataan mereka berikutan satu artikel The New York Times bertarikh 8 Februari yang mendedahkan kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho serta peranannya sebagai pelabur hartanah dan melibatkan pelbagai pihak termasuklah Riza Aziz, anak tiri kepada Najib.

Low membeli apartmen mewah di Manhattan dan rumah agam di Beverly Hills dan kemudian menjualnya kepada Riza, bagaimanapun, perkara ini dinafikan Low.

Laporan itu juga mengatakan Najib diserang hebat dengan berita tentang isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang berbelanja boros dengan barang kemas dan beg tangan berjenama.





Umno Berputih Mata Dengan Kenyataan Ini..



Datuk Husam Musa mengatakan sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Barisan Nasional (BN) juga pernah tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor tahun lalu.

Naib presiden PAS itu berkata, perpaduan ummah melalui kerjasama antara dua parti Melayu-Islam terbesar negara, Umno dan PAS, tidak boleh ditegakkan tanpa ketelusan dalam isu kenegaraan yang besar termasuk dalam isu seperti syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Bahkan, sebelum ini, Barisan Nasional (BN) juga gagal meletakkan calon di Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan ia tidak membawa apa-apa makna kepada perpaduan ummah atau negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak malam tadi BN tidak akan bertanding PRK DUN Chempaka yang terpaksa dilakukan selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 12 Februari.

"Perpaduan ummah hanya akan menjadi alat politik jangka pendek bagi menyelamatkan hayat politik individu dan parti tertentu semata-mata."

Husam berkata, pengumuman Najib itu membuktikan kekuatan gabungan pemerintah di era kepimpinannya sudah menurun ke tahap tidak lagi berani berhadapan dengan lawan tradisinya.

"Sekali gus membuktikan kata-kata keramat Tok Guru Nik Aziz: 'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' (tiada sebab awak hendak menandingi saya) menjadi kenyataan hari ini.

"Selepas pemergian Tok Guru, Umno-BN mengakui kehebatan perjuangan beliau dan yang lebih penting, mesej perjuangan beliau – Islam dan bukan kebangsaan – adalah benar. Alhamdulillah," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor  itu berkata, sekalipun tanpa penyertaan BN dalam PRK DUN Chempaka, isu negara yang melibatkan Najib secara langsung iaitu 1MDB dan misteri pembunuhan Altantuya tetap akan diketengahkan.

Husam menegaskan, kedua-dua isu itu tetap memerlukan tindak balas meyakinkan daripada perdana menteri Malaysia itu.

Najib merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya kerana penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan, merupakan kawan rapatnya.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi, Najib berkata Umno membuat keputusan tidak bertanding di PRK DUN Chempaka.

Pengumuman Najib dilakukan sehari selepas bertemu dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Selain menghormati kerjasama baik dalam menguruskan isu pasca banjir di negeri itu, Najib juga menekankan perpaduan ummah sebagai faktor yang menyebabkan Umno tidak meletakkan calon di Chempaka.

"Kita fikir kita perlu lihat kepada usaha membawa perpaduan ummah walaupun kita ada perbezaan politik dan sebagainya, tetapi kita perlu berikan keutamaan kepada perpaduan ummah," katanya sambil menegaskan keputusan itu mendapat persetujuan di peringkat akar umbi.




Kopiah Putih Kantoi Tonton Tarian Gelek di Pasar Karat JB



Kopiah Putih Kantoi Tonton Tarian Gelek di Pasar Karat JB
Jangan marah dulu beb. Geng kopiah putih tak nampak dalam video ni mungkin sebab kopiah dah tanggal awal-awal kot.

Cer perhati betul-betul dalam video ni, ada tak muka-muka kopiah putih yang lipat kopiah dan selit masuk dalam poket kerana nak tengok tarian perut....

wakaka

Inilah video kontroversi yang jadi bualan hangat pengguna media sosial yang menghentam kerajaan negeri Johor kerana membenarkan tarian gelek ini di tayangkan kepada umum termasuk kanak-kanak yang berkunjung ke pasar karat JB.




Permohonan Semak Kehakiman Anak Sosilawati 26 Mei



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu menetapkan 26 Mei depan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman lima anak jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya untuk mewajibkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan sijil kematian ibu mereka, yang mati dibunuh di Banting, Selangor, pada 2010. Penolong Kanan Pendaftar N. Arun menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri Peguam Persekutuan Haryati Ahmad, yang mewakili JPN dan peguam Norehan Asmaran, mewakili lima beradik itu. Haryati memberitahu pemberita bahawa mahkamah juga menetapkan 19 Mei untuk pengurusan kes bagi membolehkan kedua-dua pihak memfailkan afidavit untuk pendengaran kes berkenaan. Pada 24 September 2014, anak-anak jutawan itu -- Erwan Suwari Rizuwan Buhari, 29, Md Erwan Nasri, 28, Erni Erinawati Sofia, 26, Erni Rineelawati, 25, dan Siti Nur Fatimah, 18, memfailkan permohonan dengan menamakan JPN sebagai responden tunggal.   Mereka antara lain, memohon satu perintah untuk membatalkan keputusan JPN pada 25 Julai 2014, yang tidak mengeluarkan sijil kematian ibu mereka. Dalam surat mereka kepada JPN, lima beradik itu menyatakan bahawa mereka memerlukan sijil kematian untuk membolehkan mereka mengagihkan harta arwah ibu mereka kepada waris-warisnya.   Erwan Suwari Rizuwan, dalam afidavit sokongannya mendakwa bahawa JPN dalam penjelasan lisannya berkata sijil kematian tidak dapat dikeluarkan untuk Sosilawati kerana tiada jasad yang ditemui dan seperti yang diperuntukkan di bawah Sekyen 18, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, jika tiada jasad ditemui, seseorang itu akan dianggap hilang.   Beliau menyatakan bahawa disebabkan itu JPN berkata Seksyen 108 Akta Keterangan boleh digunakan jika seseorang itu tidak dapat ditemui atau dihubungi selepas tujuh tahun atau dia akan dianggap mati dan satu pengisytiharan kematian boleh dibuat.   Bagaimanapun, Erwan Suwari Rizuwan berkata terdapat beberapa keadaan istimewa dalam kes ibunya kerana mahkamah boleh mengisytiharkan dia meninggal dunia berdasarkan keterangan dan bukti yang dikemukakan dalam kes perbicaraan pembunuhan ibunya, walaupun jasadnya tidak ditemukan atau tempoh tujuh tahun sudah berlalu.   JPN dalam surat bertarikh 25 Julai 2014 kepada keluarga Sosilawati menyatakan bahawa pendaftaran kematian Sosilawati hanya boleh dipertimbangkan selepas pelupusan kes rayuan itu oleh keempat-empat yang dituduh dalam perbicaraan kes pembunuhannya oleh Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan menetapkan lima hari bermula 18 Mei depan untuk mendengar rayuan kes itu.   Pada 23 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang - T.Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan - selepas mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.   Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos



Sebuah lagi Maahad Tahfiz Integrasi di Bagan Lalang 2015



SEPANG, 26 FEB: Kerajaan Negeri bakal membina sebuah lagi Maahad Tahfiz Integrasi tahun depan bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap sekolah berkenaan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata sekolah itu akan dibina di Bagan Lalang, Sepang sebagai tambahan kepada Maahad Tahfiz Integrasi sedia ada.
“Tidak dinafikan permintaan daripada ibu bapa terlalu tinggi. Kalau kita lihat keputusan pelajar di sekolah rendah agama,  yang mendapat Mumtaz sahaja melebihi 4,000.
“Tempat sedia ada terhad iaitu lebih kurang 3,700. Kalau nak tempatkan pelajar Mumtaz sahaja tidak cukup.
“Kerajaan Negeri memang berusaha membina sekolah berkenaan yang setakat ini ada tiga buah sahaja. Perancangan pada tahun depan, kita akan wujudkan sebuah di daerah Sepang iaitu di Bagan Lalang,” katanya kepada Selamgor Kini selepas meraikan peserta Lambaian Kaabah Selangorku, di KLIA, di sini, hari ini.
Beliau berkata, tiada masalah dari penyediaan bangunan tetapi ada faktor lain agak sukar dipenuhi dalam masa singkat.
“Kos operasi terlalu tinggi contohnya kursus sains tulen perlukan makmal, maka kita perlukan kos tinggi.
jais kafa 2“Kedua, guru akademik untuk mengajar subjek seperti matematik tambahan, biologi dan fizik juga menjadi masalah kepada kita,” katanya.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kassim meminta Kerajaan Negeri membina lebih banyak Maahad Integrasi Tahfiz bagi memenuhi permintaan tinggi pelajar yang berminat melanjutkan pelajaran ke sekolah berkenaan.
Katanya, ia susulan sambutan ibu bapa terhadap pendidikan Islam yang sangat menggalakkan sejak beberapa tahun ini.

Datuk Jackie Chan Anaknya Terlibat Dadah.



HALAMAN HIBURAN
HONG KONG: Selepas enam bulan terpisah akibat dipenjarakan atas kesalahan dadah, Jaycee Chan buat pertama kalinya bertemu bapanya, aktor filem aksi terkenal, Jackie Chan.

Sebelum ini, hubungan keduanya renggang akibat tindakan Jaycee, 32 terlibat dengan dadah hingga ditahan polis pada Ogos tahun lalu bersama rakannya, Kai Ko kerana memiliki 100 gram ganja di villa miliknya di Beijing, China.

Baru-baru ini, anak lelaki pelakon itu memuat naik sekeping gambar yang memaparkan Jackie menggunting rambutnya di laman sosial Weibo. Dalam gambar berkenaan, Jackie dilihat tersenyum ketika memotong rambut anaknya yang panjang kerana tidak pernah dipotong sepanjang dia dipenjara.

Jaycee kemudiannya memuat naik sekeping lagi gambar yang memaparkan imejnya yang kemas dan mendapat pujian daripada beribu-ribu peminat. Pada masa sama, Jackie juga sibuk mempromosikan filem terbarunya, Dragon Blade.

“Sudah terlalu lama saya tidak bertemu dengan Jaycee. Saya rasa dia kini sudah matang.
“Kami tidak berbual mengenai perkara yang menyedihkan tetapi lebih kepada hal keluarga kami,” katanya memaafkan anaknya yang baru dibebaskan dari penjara itu. (mStar)