วันพฤหัสบดีที่ 29 มกราคม พ.ศ. 2558

Dalam Bulan Ini, Polis Kantoi 2 Kali..

 

Koroner hari ini memutuskan anggota polis dan banduan bertanggungjawab terhadap kematian seorang penganggur semasa dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin di Negeri Sembilan, dua tahun lalu.

Koroner Datuk Jagjit Singh berkata, punca kematian P Karuna Nithi disebabkan 49 kecederaan berganda objek tumpul termasuk serangan fizikal, penderaan dan tindakan menyalahi undang-undang individu tidak dikenali, termasuk pegawai polis dan tahanan lain di mana Karuna Nithi ditahan.

P Karuna Nithi 
Jagjit, yang merupakan seorang hakim Mahkamah Sesyen di Seremban berkata, dalam keputusan terdapat kegagalan atau kelalaian bagi memberi rawatan perubatan dan perhatian yang diperlukan Karuna Nithi.

"Terdapat juga kegagalan pegawai-pegawai polis untuk menghentikan tahanan lain daripada mendera Karuna Nithi dalam lokap polis."

Ini adalah keputusan kedua dalam bulan ini di mana pihak polis didapati bertanggungjawab ke atas kematian tahanan semasa dalam tahanan.

Pada 16 Januari, koroner Ahmad Bache memutuskan polis bertanggungjawab ke atas kematian pemandu lori P. Chandran melalui kelalaian mereka untuk memberikan bantuan perubatan yang tepat pada masanya.


Chandran ditahan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 6 September 2012 dan berada dalam tahanan selama empat hari sebelum meninggal dunia.

Jagjit berkata setelah meneliti semua bukti, beliau berpuas hati punca kematian Karuna Nithi adalah disebabkan gabungan tindakan menyalahi undang-undang dan kelalaian satu individu atau beberapa individu yang tidak diketahui.

"Mangsa adalah seorang dewasa yang sihat tanpa penyakit yang mengancam nyawa apabila dimasukkan ke dalam lokap tetapi akhirnya mati tiga hari kemudian dengan 49 kecederaan luaran," katanya.

Beliau berkata kematian tahanan dengan jumlah kecederaan itu harus menjadi petanda amaran.

Jagjit berkata beliau menolak keterangan pakar patologi forensik Dr Sharifah Safoorah Syed Alwee selepas pemeriksaan yang banyak kelemahan dalam keterangannya.

"Beliau tersilap mendapati punca kematian adalah disebabkan 'perubahan lemak di dalam hati. Tetapi ia tidak boleh menjadi begitu apabila si mati mempunyai 49 kecederaan luaran, "katanya.

Jagjit berkata footages televisyen litar tertutup dari balai polis itu dengan jelas mendedahkan Karuna Nithi dipukul tahanan lain dan polis yang bertugas turut menyembunyikan apa yang berlaku.

Beliau berkata beberapa anggota polis juga menyumbang turut memukul, mengganggu dan membuli berdasarkan bukti daripada CCTV.

Jagjit mengakui Karuna Nithi adalah seorang tahanan yang sukar dikawal, sambil menambah "tetapi tiada sebab bertindak kejam kepadanya".

"Dia berulang kali dipindahkan dari satu sel ke sel yang lain kerana dia mengalami halusinasi, meracau dan mengamuk," katanya.

Hakim itu berkata seorang anggota polis juga memberi keterangan yang kebajikan Karuna Nithi diabaikan kerana ia dianggap berpura-pura sakit semasa dalam lokap.

Karuna Nithi, 42, ditemui tidak sedarkan diri di dalam sel oleh seorang anggota polis yang memeriksa pada kira-kira 6 petang pada 1 Jun, 2013.

Dia dikejarkan ke hospital daerah tetapi disahkan mati sebaik sahaja tiba.

Polis menahannya pada pukul 5.30 petang 28 Mei selepas isterinya membuat laporan dia menyerangnya berikutan pertengkaran di rumah mereka di Rumah Rakyat Taman Muhibbah di Gemencheh.

Karuna Nithi juga membuat satu laporan awal pada hari itu mengakui menyerang isterinya kerana tidak dapat menerima leterannya.

Dia dibawa ke Mahkamah Majistret Tampin pada pagi berikut di mana perintah tahanan reman empat hari dikeluarkan.

Pada 31 Mei, dia didakwa menyebabkan kecederaan dan dibenarkan diikat jamin RM4,000 tetapi dibawa balik ke dalam lokap kerana keluarga tidak dapat menjamin mengikut jumlah yang ditetapkan.

Polis mengekalkan tiada penderaan fizikal terlibat dalam kematiannya walaupun ahli keluarga mendakwa terdapat kecederaan baru pada tubuhnya.

Peguam Eric Paulsen, yang mewakili keluarga Karuna Nithi, berkata ini merupakan satu lagi keputusan yang perlu diambil perhatian serius oleh pihak berkuasa.

"Hakim mengulangi Mahkamah Rayuan memerintah tahun lalu yang tidak ada seorang pun yang patut mati dalam lokap polis. Ini juga kemenangan kecil untuk hak asasi manusia," kata Eric, yang juga pengarah eksekutif Lawyers for Liberty.

Beliau berkata Dr Sharifah sepatutnya "bercakap bagi pihak orang yang mati" tetapi penemuan beliau tidak adil.

Peguam bersama Dr Dheeraj Bhar, yang merupakan seorang doktor perubatan berkata, penolakan bukti Dr Sharifah mempunyai kaitan dengan kredibiliti beliau sebagai seorang profesional.

"Saya berharap Majlis Perubatan Malaysia akan melihat perkara ini berdasarkan apa yang hakim simpulkan," katanya. ~malaysian insider

Najib Tak Nyenyak Tidur Kerana Berita Ini?


KUALA LUMPUR – “Aku akan tembak kau dengan Subramaniam.” Demikian ugutan bunuh yang diterima Naib Presiden MIC, M. Saravanan yang dipercayai dilakukan oleh ahli kumpulan gengster menerusi satu panggilan telefon pada sidang akhbar di ibu pejabat MIC di Menara Manickavasagam di sini semalam.

Ugutan tersebut turut dapat didengar dengan jelas oleh petugas media dan ahli-ahli MIC selepas Saravanan mengaktifkan pembesar suara pada telefon bimbitnya.
Pemanggil tersebut turut menyebut nama Datuk Seri S. Subramaniam kerana Timbalan Presiden MIC berkenaan antara pemimpin yang turut kecewa dengan kepimpinan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel selepas gagal menyelesaikan isu pemilihan semula parti seperti diarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Panggilan telefon ugutan bunuh berkenaan dibuat selepas lebih 20 orang gengster yang dipercayai diupah orang tertentu cuba menghalang Saravanan, Ketua Wanita MIC, M. Mohana dan Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh daripada memasuki ibu pejabat MIC sehingga menimbulkan kekecohan dan insiden tolak-menolak.
Saravanan (duduk di tengah), Sivarraajh (duduk di kiri) dan Mohana mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat MIC semalam.
Pergaduhan tersebut menyebabkan krisis parti tunjang masyarakat India itu semakin memuncak apabila perselisihan faham antara pemimpin kanan parti tesebut bukan sahaja gagal diselesaikan selepas hampir dua bulan, bahkan kini didakwa melibatkan kumpulan gengster dan ugutan bunuh.
Selain dihalang memasuki ibu pejabat, kekecohan tersebut juga semakin panas apabila ketiga-tiga pemimpin berkenaan dihambur dengan kata-kata kesat.
Saravanan, Mohana dan Sivarraajh bersama para penyokong ketika itu berhasrat mengadakan sidang akhbar khas mengenai usaha untuk menyelamatkan parti tersebut yang dijadualkan berlangsung pada pukul 1 tengah hari. ~kosmo

Petanda Terdekat BN Bakal Hancur Lebur


 
Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel ditegur kerana dilihat seakan hilang fokus memimpin parti itu sehingga memaksa Barisan Nasional (BN) campurtangan membantu menyelesaikan kemelut parti komponennya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata, pihaknya memandang serius krisis dalaman MIC yang bukan sahaja menjejaskan parti itu tetapi keseluruhan imej BN di mata rakyat dan penyokong parti.

"Saya lihat sekarang ini, agaknya presiden parti sudah tak berapa fokus.

"Saya bukan nak kritik tentang masalah sehingga tercetus pelbagai perkara yang seolah-olah luar kawalan. Ini pastinya tidak baik," katanya pada sidang media selepas merasmikan Menara Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di Lembah Pantai, hari ini.

Katanya, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan dirinya akan memanggil kepimpinan tertinggi MIC untuk berjumpa dalam masa terdekat bagi menyelesaikan perkara itu.

"Saya dah berbincang dengan perdana menteri semalam. Kita akan buat apa yang perlu untuk pastikan MIC kembali kukuh sebagai parti politik penting dalam komponen BN," katanya. ~malaysian insider

Berita Ini Bakal Meletup?

 
PKR hari ini mempersoalkan adakah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin berada di belakang Mohamad Saiful Bukhari Azlan, selepas isteri pengadu kes liwat II itu mengambil keputusan berhenti daripada TV3.
Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, apa yang dibimbangkan ialah, kes rayuan liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berdepan campur tangan bagi mengelak tekanan pihak tertentu.
"Tiba-tiba Saiful menyatakan isterinya berhenti (kerja) kerana diarahkan membuat liputan menyerang tokoh yang dihormati iaitu Daim dan Dr Mahathir.
"Adakah Daim dan Dr Mahathir di belakang Saiful? Ini juga satu persoalan yang menarik untuk kita minta penjelasan kerajaan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Saiful (gambar) pada minggu lalu mendedahkan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman berhenti kerja dari stesen televisyen swasta TV3 kerana tidak berpuas hati selepas diberi arahan membuat liputan ke atas PKR yang menyerang Daim.
Dia mempertikaikan ruang yang diberikan TV3 kepada pemimpin PKR itu untuk menyerang bekas menteri kabinet zaman Dr Mahathir tersebut."Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 serang Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi liputan pada PKR?
"TV3 dah jadi media PKR ke? Tak ada orang sendiri yang berani dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar pula?" katanya menerusi blog www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com.
Shamsul Iskandar juga mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pertelingkahannya dengan Daim haruslah tidak meninggalkan sebarang kesan dalam keputusan mahkamah berhubung rayuan kes liwat II kelak.
“Saya ingin ingatkan perdana menteri agar tidak terbawa-bawa dalam kes ini kerana kita bimbang kes Anwar juga dimanfaatkan untuk tujuan perundingan, mungkin dengan Dr Mahathir, kerana takut dengan tekanan, menyebabkan kes ini dicampur tangan.
"Ini juga perkara yang harus dijelaskan perdana menteri. Perkara ini tidak boleh dilihat berlanjutan," katanya.
Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, kesediaannya bersama Anwar dalam mendedahkan salah laku Daim tidak boleh dianggap membantu jentera kempen yang digerakkan Najib.
Katanya, pendedahan yang mereka lakukan terhadap Daim bermula lebih awal sejak kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada tahun lalu.
“Ketika kita bangkitkan isu ini, tidak ada perang. Kita bawa isu ini secara konsisten. Mungkin persepsi orang menilai begitu.
"Kalau dilihat fokus dan komitmen kita daripada awal, memang tujuan saya dan Anwar membawa Daim ialah supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berani menyiasat beliau.
"Oleh sebab terdapat pergaduhan dan kes ini ditimbulkan, pada saya, itu bonus kepada PKR dan Pakatan Rakyat, apatah lagi Anwar," katanya.
Shamsul Iskandar berkata, publisiti yang diberikan TV3 dalam kes siasatan rasuah Daim tidak akan ditolak kerana ia akan membantu rakyat mendapat lebih maklumat.
Katanya, pergaduhan pemimpin Umno tiada kaitan dengan PKR dan ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
“Mereka nak bergaduh kita nak buat macam mana? Kita bukan sebahagian daripada pertelingkahan mereka.
“Kebetulan kali ini diberikan sorotan lebih baik. Adakah saya nak tolak? Tentu saya dan Anwar tak menolak kerana itu baik untuk negara ini.” ~malaysian insider

วันศุกร์ที่ 16 มกราคม พ.ศ. 2558

Foto Awek Italy Bertudung Sedang Menebar Roti Canai

  
Pelaris besar nampaknya Gerai Din Roti Canai, Jalan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar ini apabila pekerjanya di warung itu bukan sembarangan kerana pekerjanya adalah seorang gadis dari Rome, Itali bekerja di situ.

Gadis tersebut, Chantal Viola, kelihatan sungguh manis bertudung sambil membuat kerja-kerja dikedai tersebut dengan tekun sekali.

Beliau yang merupakan pelajar pertukaran dari sebuah Universiti di Itali yang mengikuti program tersebut ke Kedah.

Menurut Chantal Viola, "Ketika bekerja di gerai roti canai, ianya merupakan cara terbaik untuk saya belajar Bahasa Melayu dan membiasakan diri dengan masyarakat setempat. Saya juga memakai hijab atas sebab yang sama." katanya.

Najib Dan Rosmah Turut Sama Bersihkan Rosmah

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat Sekolah Kebangsaan Padang Rumbia dekat Pekan yang terjejas banjir baru-baru ini serta menyertai program gotong royong membersihkan dewan sekolah itu.

Turut serta isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.


Najib dan Rosmah serta Adnan meluangkan masa selama 30 minit menyertai kira-kira 250 sukarelawan daripada Universiti Teknologi Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, pelatih Program Latihan Khidmat Negara, syarikat Sapura dan Najib Razak Club dalam program gotong royong itu.

Pada program itu, Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan peralatan sekolah sumbangan sebuah syarikat swasta untuk murid yang terjejas banjir dan bantuan awal persekolahan RM100 setiap murid.

Suami Muflis, Rumah Mewah Umie Aida Bakal Dilelong Esok?




  Bukan selalu haluan politik negara kita tersimpang dengan selebriti dan hari ini portal berita The Rakyat Post ada menulis satu laporan yang mengatakan suami kepada Umie Aida, Khairuddin Abu Hassan yang juga Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan kini muflis.

Dokumen mahkamah yang kini sedang hangat diperkatakan oleh blog blog politik menunjukkan yang Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) telah isytiharkan Khairuddin Abu Hassan muflis pada 14 Mei 2014 yang lalu, hari sama Mahkamah Tinggi Pulau Pinang keluarkan arahan serupa.

Khairuddin yang dihubungi media mengakui sedar akan pengisytiharan diri sebagai muflis namun enggan untuk mengulas lanjut dan sedang bekerjasama dengan peguam.

Ekoran perkara ini, sebuah hartanah mewah bernilai RM2.1 juta milik Khairuddin terletak di Mont Kiara yang juga merupakan hadiah perkahwinan buat Umie Aida bakal dilelong pada hari Sabtu ini di Hotel Istana oleh Ng Chan Mau & Co Sdn Bhd & CIMB Islamic.

Khairuddin Abu Hassan bagaimanapun mengakui tidak tahu menahu tentang lelongan itu.

Gempar - Pegawai Khas Khairy Belasah Ketua Penerangan Perkasa !!

  Hanya kerana berlaku salah faham melibatkan bantuan terhadap mangsa banjir, Pegawai Khas Menteri Belia Dan Sukan, Iruan Zulkifli Mohamad didakwa bertindak keterlaluan dengan menumbuk seorang lelaki sehingga berdarah.

Mangsa yang merupakan Ketua Penerangan Perkasa Negeri Perak, Saad Abdul Rahman berkata dalam kejadian sekitar jam 2.25 petang itu, Iruan secara tiba-tiba datang dan mencekak leher bajunya sebelum melepas tumbukan sehingga menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menerima tiga jahitan.


Beliau yang juga merupakan Ketua Wira Perkasa Parlimen Lenggong berkata, Pegawai Khas Khairy Jamaluddin itu menuduhnya cuba campur tangan urusan Pemuda UMNO Malaysia.

“Dia dengan nada marah memberi amaran kepada saya agar jangan mempertikaikan urusan Pemuda UMNO.

“Beliau turut mempertikaikan Pemuda Perkasa kerana terlibat dengan kerja-kerja amal membantu mangsa banjir” katanya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Saad turut menjelaskan kejadian tersebut berlaku kerana ada pihak ketiga yang menyampaikan laporan tidak benar kepada Iruwan.

“Dia mendakwa saya mempertikaikan gerak kerja Pemuda UMNO ketika mesyuarat bersama badan-badan kerajaan pada hari Selasa yang lalu, sedangkan perkara tersebut tidak seperti yang digambarkan.

“Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Lenggong itu bertujuan untuk membincangkan gerak-kerja bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat di kawasan” katanya lagi. Beliau turut menjelaskan sebelum kejadian tersebut, beliau dengan hormat cuba bersalam dengan Iruwan namun tidak dilayan.

“Dia mungkin bangga sebab bekerja dengan menteri sehingga sanggup bertindak keterlaluan, sedangkan perkara seperti ini boleh dibawa berbincang bagi mengelakkan kekeliruan.

“Pada saya dia tak profesional dan tak layak jadi untuk menjadi pemimpin” ujarnya dengan nada kesal.

Saad berkata pihaknya telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan telah mengarahkan pihak peguamnya untuk mengambil tindakan susulan, lapor Suara TV.

Najib Dan Rosmah Turut Sama Bersihkan Rosmah

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat Sekolah Kebangsaan Padang Rumbia dekat Pekan yang terjejas banjir baru-baru ini serta menyertai program gotong royong membersihkan dewan sekolah itu.

Turut serta isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.


Najib dan Rosmah serta Adnan meluangkan masa selama 30 minit menyertai kira-kira 250 sukarelawan daripada Universiti Teknologi Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, pelatih Program Latihan Khidmat Negara, syarikat Sapura dan Najib Razak Club dalam program gotong royong itu.

Pada program itu, Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan peralatan sekolah sumbangan sebuah syarikat swasta untuk murid yang terjejas banjir dan bantuan awal persekolahan RM100 setiap murid.

Kisah Aneh Seorang Menteri Malaysia Dan Suratnya Kepada FBI

  
Kisah aneh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mempertahankan integriti individu yang disyaki seorang ‘raja judi’ nampaknya semakin menarik.

Pertamanya, adalah ganjil dan barangkali pertama kali seorang menteri dalam negeri mana-mana negara menulis kepada FBI untuk memberi jaminan mengenai integriti seseorang yang ditahan oleh biro itu kerana disyaki seorang ketua sindiket perjudian.

Kedua, aneh sekali apabila menteri dalam negeri menulis surat untuk membetulkan kesilapan dalam laporan oleh pihak polis kepada FBI mengenai Paul Phua.

Jika ada kesilapan sedemikian, kenapa tidak pihak polis sendiri menulis kepada FBI untuk membetulkan kesilapan tersebut?

Keanehan yang ketiga dan keempat pula adalah sama ada pihak polis bersetuju bahawa ia telah berbuat kesilapan dalam laporannya kepada FBI mengenai Paul Phua dan sama ada pihak polis tahu dan bersetuju supaya menteri dalam negeri sendiri menulis surat kepada FBI mengenai hal tersebut.

Hal aneh kelima dan keenam adalah aspek keadaan hal-hal keselamatan dalam negeri di mana kerajaan Malaysia telah mendapatkan bantuan Phua sebelum ini dan sama ada pihak polis tahu tentang maklumat ini.

Hal aneh ketujuh ialah sama ada menteri dalam negeri telah bertindak secara bersendirian dan secara sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan dan kerelaan, atau bertentangan dengan nasihat pihak polis apabila menulis surat menjamin integriti seorang yang disyaki sebagai ‘raja judi’ seperti yang dapat dilihat daripada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengelak daripada membuat sebarang komen terhadap kebenaran surat menteri dalam negeri.

'Reputasi ternoda'

Aspek aneh kelapan ialah perkembangan terbaru di Mahkamah Daerah Nevada di Las Vegas di mana surat menteri dalam negeri kepada FBI telah ditarik balik apabila Putrajaya membantahnya daripada digunakan sebagai keterangan pembelaan bagi orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian itu.

Surat menteri dalam negeri kepada FBI bertarikh 8 Disember 2014 adalah jelas bertujuan mempertahankan Phua, namun perkembangan terbaru di perbicaraan kes judi di Las Vegas menunjukkan pula bahawa surat menteri dalam negeri tidak patut digunakan di mahkamah terbuka sebagai pembelaan Phua.

Siapa yang membantah? Adakah Zahid, pihak polis, Jabatan Peguam Negara atau Kementerian Luar?

Aspek ganjil kesembilan ialah sama ada pihak polis, seperti yang disebut Zahid dalam suratnya kepada FBI; begitu teruja untuk melihat Phua pulang ke Malaysia bagi membantu kerajaan dalam projek-projek berkaitan keselamatan negara?

Jelas sekali bahawa reputasi dan kredibiliti negara, pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri telah rosak dan ternoda dalam kes melibatkan ‘raja judi’ ini.

Menteri dalam negeri tidak boleh terus berdiam diri dalam isu ini kerana rakyat Malaysia berhak mengetahui kisah sebenar di sebalik kejadian-kejadian aneh ini yang tidak membawa sebarang kebaikan kepada reputasi dan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Kisah Aneh Seorang Menteri Malaysia Dan Suratnya Kepada FBI

  
Merujuk kepada isu surat dari Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi kepada FBI yang membabit Paul Phua, seorang individu yang sedang ditahan tanpa ikat jamin di Amerika Syarikat kerana disyaki terbabit dalam kegiatan kegiatan kongsi gelap antarabangsa serta jenayah perjudian.

PERKASA menerima pertanyaan yang bertubi-tubi dari orang ramai yang bimbang dengan kemungkinan bahawa surat tersebut mungkin mempunyai unsur rasuah dan salahgunakuasa.

PERKASA difahamkan dari butir-butir dalam surat tersebut yang telah tersebar meluas di media sosial serta pandangan daripada orang ramai, surat tersebut bolehlah dikategorikan sebagai suatu sokongan kepada Paul Phua dari Menteri Dalam Negeri bahawa Paul Phua adalah seorang yang baik kerana kerap menolong kerajaan Malaysia walaupun beberapa kali dia ditahan kerana terbabit di dalam sindiket perjudian antarabangsa. Tambahan pula, Paul Phua juga terpalit dengan aktiviti kongsi gelap di luar negara.

Satu frasa didalam surat tersebut menyebut "as such we are eager for him to return to Malaysia" bolehlah difahami seperti Dato' Seri Zahid Hamidi mahu menggunakan pendekatan diplomatik supaya Paul Phua ini dibebaskan serta dihantar pulang ke Malaysia.

Persoalannya, adakah Dato' Seri Zahid Hamidi berbuat sedemikian adalah kerana beliau mendapat "BENDA" sepertimana yang diungkapnya dulu kepada Naib Presiden PERKASA, Tan Sri Rashid ?

Kita sedia maklum jenayah melibatkan perjudian ini habuannya besar. Jika di Malaysia sahaja, keuntungan bulanan bagi pengusaha mesin judi haram ini mencecah jutaan ringgit sehari.

Maka, jika ini benar, PERKASA berpendirian ia adalah suatu tindakan yang berbentuk pengkhianatan kepada keselamatan negara serta merosakkan keintegritian dan imej baik negara yang selama ini dijaga baik oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

Persoalan yang timbul hasil daripada apa yang difahamkan, adakah Dato' Seri Zahid Hamidi sudah hilang keintegritiannya sehingga sanggup menulis surat berbentuk sokongan untuk melepaskan seorang penjenayah yang didakwa di luar negara hanya untuk mendapatkan "BENDA" ?

Bagi PERKASA, jika hal ini benar maka ia adalah suatu yang lebih jijik dari jenayah seksual atau liwat yang dilakukan oleh seseorang ahli politik. Perkara ini lebih besar kerana ia melibatkan unsur salahguna kuasa serta mempunyai unsur rasuah dan yang paling jijik sekali, kedua-dua unsur ini digunakan untuk melepaskan seorang penjenayah yang berpotensi menjadi ancaman kepada negara yang disyaki terlibat di dalam kegiatan kongsi gelap serta perjudian antarabangsa.

Dan ini semestinya akan mengkompromi keselamatan negara.

Jika inilah sifat seorang Menteri Dalam Negeri yang berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan keselamatan negara, maka tak hairanlah semenjak dua menjak ini terlalu banyak anasir-anasir jahat yang boleh mengganggu gugat keselamatan berleluasa.

Kini, persepsi sudah terbina dan pelbagai persoalan telah timbul dan perlukan penjelasan daripada menteri untuk merungkainya.

PERKASA ingin mendapatkan penjelasan dari Dato Seri Dr Zahid Hamidi, adakah Ketua Polis Negara dimaklumkan terlebih dahulu sebelum surat ini dihantar kepada FBI ?

Dan perkara ini adalah besar dan melibatkan hubungan antarabangsa dengan negara Kuasa Dunia serta penjenayah yang terpalit dengan kongsi gelap antarabangsa dan perjudian haram. Adakah perkara sebesar ini di dalam pengetahuan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak sebelum ia didedahkan oleh media ?

Adakah Dato Seri Dr Zahid Hamidi merujuk serta mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum menulis surat ini kepada FBI ?

Ini adalah persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh Dato Seri Dr Zahid Hamidi untuk merungkai persepsi negatif yang terbina dikalangan masyarakat.

Atau, jika tidak, rakyat akan menghukumnya dengan pelbagai persepsi negatif ini.

PERKASA Sangsi Dan Tertanya-Tanya Apa Tujuan Zahid Hamidi Tulis Surat Kepada FBI

  
Merujuk kepada isu surat dari Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi kepada FBI yang membabit Paul Phua, seorang individu yang sedang ditahan tanpa ikat jamin di Amerika Syarikat kerana disyaki terbabit dalam kegiatan kegiatan kongsi gelap antarabangsa serta jenayah perjudian.

PERKASA menerima pertanyaan yang bertubi-tubi dari orang ramai yang bimbang dengan kemungkinan bahawa surat tersebut mungkin mempunyai unsur rasuah dan salahgunakuasa.

PERKASA difahamkan dari butir-butir dalam surat tersebut yang telah tersebar meluas di media sosial serta pandangan daripada orang ramai, surat tersebut bolehlah dikategorikan sebagai suatu sokongan kepada Paul Phua dari Menteri Dalam Negeri bahawa Paul Phua adalah seorang yang baik kerana kerap menolong kerajaan Malaysia walaupun beberapa kali dia ditahan kerana terbabit di dalam sindiket perjudian antarabangsa. Tambahan pula, Paul Phua juga terpalit dengan aktiviti kongsi gelap di luar negara.

Satu frasa didalam surat tersebut menyebut "as such we are eager for him to return to Malaysia" bolehlah difahami seperti Dato' Seri Zahid Hamidi mahu menggunakan pendekatan diplomatik supaya Paul Phua ini dibebaskan serta dihantar pulang ke Malaysia.

Persoalannya, adakah Dato' Seri Zahid Hamidi berbuat sedemikian adalah kerana beliau mendapat "BENDA" sepertimana yang diungkapnya dulu kepada Naib Presiden PERKASA, Tan Sri Rashid ?

Kita sedia maklum jenayah melibatkan perjudian ini habuannya besar. Jika di Malaysia sahaja, keuntungan bulanan bagi pengusaha mesin judi haram ini mencecah jutaan ringgit sehari.

Maka, jika ini benar, PERKASA berpendirian ia adalah suatu tindakan yang berbentuk pengkhianatan kepada keselamatan negara serta merosakkan keintegritian dan imej baik negara yang selama ini dijaga baik oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

Persoalan yang timbul hasil daripada apa yang difahamkan, adakah Dato' Seri Zahid Hamidi sudah hilang keintegritiannya sehingga sanggup menulis surat berbentuk sokongan untuk melepaskan seorang penjenayah yang didakwa di luar negara hanya untuk mendapatkan "BENDA" ?

Bagi PERKASA, jika hal ini benar maka ia adalah suatu yang lebih jijik dari jenayah seksual atau liwat yang dilakukan oleh seseorang ahli politik. Perkara ini lebih besar kerana ia melibatkan unsur salahguna kuasa serta mempunyai unsur rasuah dan yang paling jijik sekali, kedua-dua unsur ini digunakan untuk melepaskan seorang penjenayah yang berpotensi menjadi ancaman kepada negara yang disyaki terlibat di dalam kegiatan kongsi gelap serta perjudian antarabangsa.

Dan ini semestinya akan mengkompromi keselamatan negara.

Jika inilah sifat seorang Menteri Dalam Negeri yang berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan keselamatan negara, maka tak hairanlah semenjak dua menjak ini terlalu banyak anasir-anasir jahat yang boleh mengganggu gugat keselamatan berleluasa.

Kini, persepsi sudah terbina dan pelbagai persoalan telah timbul dan perlukan penjelasan daripada menteri untuk merungkainya.

PERKASA ingin mendapatkan penjelasan dari Dato Seri Dr Zahid Hamidi, adakah Ketua Polis Negara dimaklumkan terlebih dahulu sebelum surat ini dihantar kepada FBI ?

Dan perkara ini adalah besar dan melibatkan hubungan antarabangsa dengan negara Kuasa Dunia serta penjenayah yang terpalit dengan kongsi gelap antarabangsa dan perjudian haram. Adakah perkara sebesar ini di dalam pengetahuan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak sebelum ia didedahkan oleh media ?

Adakah Dato Seri Dr Zahid Hamidi merujuk serta mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum menulis surat ini kepada FBI ?

Ini adalah persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh Dato Seri Dr Zahid Hamidi untuk merungkai persepsi negatif yang terbina dikalangan masyarakat.

Atau, jika tidak, rakyat akan menghukumnya dengan pelbagai persepsi negatif ini.


MB Kelantan Adakan Pertemuan Tertutup Dengan Muhyiddin

  
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabat menteri besar di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bahru hari ini.

Muhyiddin tiba pada pukul 12.30 tengah hari dan dipercayai pertemuan itu diadakan berkaitan dengan bencana banjir besar yang berlaku di negeri ini baru-baru ini.

Turut hadir dalam pertemuan kira-kira 50 minit itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Khas Bencana Banjir Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Thajudeen Abdul Wahab.

Timbalan perdana menteri yang mengadakan lawatan sehari bagi meninjau keadaan pasca banjir, kemudian mempengerusikan mesyuarat koordinasi pelan tindakan pasca banjir negeri Kelantan di Hotel Sutera Inn Prima pada pukul 2 petang.

Muhyiddin yang juga menteri pendidikan kemudian menyertai gotong-royong pembersihan akibat bencana banjir di Sekolah Kebangsaan Tanjung Cenak di Pasir Mas.

Lawatannya berakhir dengan beliau menyertai gotong-royong pembersihan di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Wednesday, 7 January 2015 Pertahan ‘Raja Judi’, Zahid Perlu Jawab Dengan Kabinet Hari Ini

 
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata persoalan yang timbul dari surat rahsia daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu dijelaskan esok di mesyuarat Kabinet.



Kabinet perlu memastikan Menteri Dalam Negeri‎ Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan isu surat sokongan membela 'raja judi', Paul Phua Wei-Seng dalam mesyuarat esok, kata Fahmi Fadzil.

Pengarah Komunikasi PKR itu berkata, pihaknya berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kabinet yang akan bertemu esok akan memastikan Zahid tampil memberi jawapan jelas.

"Tiba masanya untuk Zahid menjawab secara terbuka tentang pelbagai isu yang timbul akibat 'surat sokongan' rahsia ini, untuk mengelak spekulasi daripada terus bermain di fikiran rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan portal Malaysiakini hari ini memetik sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai berkata, Zahid tidak merujuk pihak polis sebelum menghantar surat sokongan rahsia kepada FBI berkenaan status Paul.

Laporan tersebut juga memetik sumber PDRM sebagai berkata, laporan PDRM yang diberi kepada FBI berkenaan Paul dan kumpulan kongsi gelap 14K adalah benar.

"Jika sumber yang dipetik Malaysiakini itu sahih dan benar, perkara ini cukup mengejutkan dan implikasinya amatlah berat, bukan sahaja kepada Zahid selaku menteri yang menulis surat rahsia tersebut, tetapi juga kepada (peguam) Tan Sri Shafee Abdullah yang berkata laporan PDRM mengenai Paul adalah tidak betul," katanya.

Katanya pada masa sama, jika sumber PDRM yang dipetik Malaysiakini itu benar, Shafee juga perlu disoal mengapa kenyataan beliau berlainan daripada apa yang disebut sumber PDRM.

Zahid sebelum ini didakwa menulis surat rasmi kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F Guiliano menafikan Phua terlibat dalam kongsi gelap 14k Triad.

Zahid dalam surat bertarikh 18 Disember 2014 itu juga menyatakan Phua membantu Malaysia dalam perkara "keselamatan negara" dan harap Phua dapat pulang ke Malaysia.

Surat itu didedahkan dalam akhbar Hong Kong, South China Morning Post, dikatakan dibuat atas permintaan Shafee yang juga peguam mewakili Phua.

Phua, bekas pemilik restoran kasino di Macau menghadapi dakwaan perjudian sukan haram di Las Vegas selepas ditangkap Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabang

Gara-Gara Hina Polis Bodoh

  
Gara-gara menghina anggota polis trafik 'bodoh', seorang lelaki berusia 20 tahun terpaksa meringkuk dalam lokap semalam.

Dalam kejadian pada jam 10 pagi semalam, seorang anggota polis trafik hilang sabar selepas dihina dengan perkataan 'bodoh' ketika menjalankan tugas di Pasar Sentral Sibu.

Menurut polis terbabit, mereka sedang menjalankan tugas di kawasan itu dan terpaksa mengeluarkan saman terhadap beberapa kenderaan yang meletakkan kereta di tempat larangan.

Salah seorang lelaki dan ibunya melakukan provokasi terhadap seorang polis trafik yang mengeluarkan saman terhadap mereka.

Anggota polis trafik terbabit menasihati lelaki itu agar beredar, namun dia enggan berganjak. Secara tiba-tiba lelaki itu menengking salah seorang polis trafik dan mengeluarkan perkataan 'bodoh' di hadapan orang awam.

Terasa terhina diperlekehkan, anggota polis trafik terbabit dan rakan setugasnya serta merta memberkasnya. Namun berlaku sedikit pergelutan di antara mereka. Bagaimanapun polis berjaya menghumban suspek ke dalam kereta polis dan dihantar ke Balai Polis Sentral Sibu untuk tindakan selanjutnya.

Panas - Kata Dua Bapa Emma Maembong Kepada Zizan

  Selepas Emma Maembong mengesahkan perpisahannya dengan Zizan Razak, bapa aktres itu, Ismail Embong pula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan pelawak tersebut di sebuah akhbar.

Ismail berkata, dia tidak senang apabila Zizan memberi pendapat sekiranya dia menjadi menantu pelukis terkenal tersebut.

"Tidak perlu hormat permintaan orang tua ini kerana orang tua ini tidak meminta, tetapi hanya memberi kata dua atau syarat. Jika tidak ditunaikan sila pergi!

"Aku mahukan orang milik Allah sahaja dalam keluarga, bukannya milik masyarakat. Mengapa meletakkan diri kita lebih rendah dari itu? Dimiliki masyarakat, bukan Allah?," soalnya menerusi status di laman Facebook miliknya pada Isnin.

Ismail berkata demikian selepas Zizan menerusi laporan sebuah akhbar memberi komen bahawa dia sedia mengikut kehendak bapa Emma yang mahukan majlis sederhana sekiranya dijodohkan dengan Emma nanti.

Menerusi mStarOnline terbitan 29 Disember lalu, Zizan berkata, sekiranya ditakdirkan dia berkahwin dengan Emma, dia bersedia mengadakan majlis secara sederhana namun dalam masa yang sama perlu berlaku adil terhadap peminat-peminatnya yang ingin menyaksikan hari bahagia itu.

Kelantangan Ismail itu bukan sahaja terhadap Zizan malah dia turut mengkritik majlis pernikahan anaknya iaitu Yaya Maembong dengan Wan Raja pada 12 Disember lalu kerana mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa selain mengadakan perkahwinan secara membazir.

Sementara itu, Ismail turut berkata tidak perlukan pujukan daripada sesiapa mengenai kemelut yang berlaku.

"Memujuk? aku cuma meminta hukum Allah diutamakan. Jika ditentang keluarga, maka sudah dianggap derhaka.

"Tidak kisahlah anak-anakku yang masuk bidang lakonan dikritik dan digosip kerana mereka sedia maklum risiko yang datang bersama glamor. Tetapi usah sentuh diri aku secara peribadi," tegasnya.

Bagaimanapun, Ismail tidak mengulas mengenai kenyataan Emma sudah berpisah dengan Zizan.

Niat Zizan Razak Nak Beli Kereta Mewah Punca Putus Cinta

  
Akhirnya Zizan Razak membuka mulut tentang punca perpisahan beliau dengan Emma Maembong dan ianya lebih ringkas dari apa yang kami jangka — Emma Maembong tidak bersetuju dengan niat teman lelakinya untuk berbelanja besar membeli kereta mewah.

Menurut kenyataan terbaru Zizan Razakkepada Utusan Malaysia, ada tercetus pergaduah antara mereka kerana niat mahu membeli kereta mewah sport kerana Emma Maembong tidak bersetuju dengan hasrat itu kerana dianggap membazir.

“Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir. Malah, niat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Zizan Razak turut menepis kata kata yang mengatakan Emma Maembong seorang yang kaki kikis dan hubungan mereka berakhir kerana sikap negatif itu.

Zizan Razak juga mengakui masih cintakan Emma Maembong.

Isu Pembinaan Kuil Besar Di Presint 20, Ini Jawapan ‘Putrajaya’

  
ISU berkaitan agama jika tidak dibicarakan secara betul di khalayak umum, boleh mencetus mudarat pada perpaduan negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

Sebagai contoh, isu terbaharu melibatkan pembinaan sebuah kuil besar di Presint 20, Putrajaya yang menimbulkan polemik selepas dipertikaikan sesetengah pihak baru-baru ini.

Antara alasan pembinaan kuil itu dibantah adalah kedudukannya yang didakwa tidak wajar kerana berada di kawasan majoriti dihuni bangsa Melayu.

Bagi mengelak isu ini terus mengeruhkan keadaan, Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Wilayah Persekutuan mengeluarkan satu kenyataan media bagi menjawabnya.

Kenyataan ini antara lain menjelaskan, pembinaan Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam yang berkeluasan 1833.89 meter persegi yang dicadangkan di Presint 20, sebenarnya merupakan kuil penggantian kepada 15 buah kuil yang telah dirobohkan sebelum ini bagi memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya.

Harus diketahui, Putrajaya sebelum dibina seperti sekarang merupakan kawasan ladang yang didiami masyarakat India dan mempunyai pelbagai kuil daripada yang bersaiz besar hinggalah sederhana.

Antara kuil hindu yang telah dirobohkan dahulu adalah Kuil Sri Maha Mariaman di Ladang Sidgelley Presint 14, Kuil Bukit Prang di Jalan B15, Ladang Prang Besar 2, Kuil Sri Durga Kaliaman Presint 20 serta kuil-kuil lain di Presint 7, 16, 15, 14, 13 dan Presint 11.

Dakwaan menyatakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) gagal  membuat keputusan perancangan perbandaran dan banyak kuil dibina di seluruh negara kerana amat mudah mendapat kelulusan juga tidak tepat memandangkan kuil di Presint 20 ini sudah pun terkandung dalam Pelan Induk Putrajaya tahun 1997 lagi.

Selari dengan Perlembagaan Negara yang menjamin kebebasan amalan beragama, maka Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan turut merizabkan lot-lot tanah bagi tujuan pembinaan rumah-rumah ibadat termasuk kuil di Presint 20 yang baru sekarang mencetuskan kontroversi.

Selain itu, pembinaan Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanamkuil ini juga sama sekali tidak menggunakan peruntukan kerajaan sama ada dari Kementerian Wilayah Persekutuan mahupun Perbadanan Putrajaya.

Kelmarin, isu kuil di Presint 20 mencuri tumpuan umum apabila Wira PERKASA Malaysia yang merupakan sayap pemuda PERKASA melahirkan penentangan terhadap pembinaannya di Putrajaya.

Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris dikatakan menyelar tindakan pihak tertentu mendirikan kuil tersebut yang dirasakan  tidak wajar.

“Kami amat dukacita dengan berita yang diterima apabila kuil yang paling unik telah dibina dan akan siap tidak lama lagi.

“Siapa yang telah memberi kelulusan bagi projek ini? Begitu mudah menyerahkan tapak untuk membina kuil di situ.

“Mengapa mesti di Putrajaya? Kawasan itu majoriti dihuni oleh orang Melayu,” katanya dalam kenyataan kepada portal Free Malaysia Today.

Irwan turut dilaporkan oleh portal berita tersebut menyebut, walaupun sekadar isu pembinaan kuil, pihaknya berasa terhina dengan tindakan Menteri dan Presiden Ppj yang berbangsa Melayu tetapi meluluskan pembinaan kuil dengan mudah tanpa bertanya kepada penduduk di Putrajaya.

Ferrari Kuning Punca Hubungan Zizan Emna Putus

 
Isu mengenai berakhirnya hubungan cinta antara pelakon dan pelawak Zizan Razak bersama kekasihnya Emma Maembong dikatakan berpunca kerana sebuah kereta mewah.

Ini kerana Emma dikatakan tidak bersetuju dengan hasrat Zizan yang ingin memiliki sebuah kereta mewah dan kemudiannya tercetusnya sedikit salah faham antara mereka.

Sehingga kini persoalan masih bermain difikiran peminat di mana mereka tertanya-tanya apakah model kereta yang menyebabkan pasangan ini sanggup berpisah.

Namun apa yang tidak disangka, pelakon dan pelawak Tauke Jambu telah memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagramnya bersama Zizan dengan sebuah kereta Ferrari berwarna kuning.

Apa yang menarik perhatian ialah kapsyen yang ditulis oleh Tauke itu seakan-akan memberi petunjuk bahawa kereta mewah tersebut adalah milik Zizan.

Kapsyen tersebut berbunyi:

“Si kuning ni rupanya awek baru @zizanrazak869 hahha bangga aku jadi seorang pelawak toqqq lu memang rare.”

Bagaimanapun foto kereta mewah berkuasa tinggi itu kemudiannya telah dipadamkan.

Terbaru, Zizan melalui akaun Instagramnya telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen yang menunjukkan mereka berdua seakan kembali berdamai.

Monday, 12 January 2015 Inilah Lelaki Yang Menembak Jatuh MH17

 
Pemberontak pro-Rusia mendedahkan identiti serta gambar juruterbang pesawat tentera Ukraine yang didakwa menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sehingga mengorbankan 298 nyawa di timur negara ini pada 17 Julai lalu.

Jawatankuasa Siasatan yang diketuai oleh Alexander Bastrykin, bekas sekelas Presiden Rusia, Vladimir Putin, melaporkan bahawa juruterbang terbabit yang dikenali sebagai Kapten Vladislav Voloshin perlu disiasat oleh pihak berkuasa Belanda yang mengetuai siasatan berhubung nahas tersebut.

Menurut Bastrykin, Voloshin dipercayai mengemudi pesawat tempur SU-17 yang dilengkapi peluru berpandu udara ke udara jenis R-60 pada 17 Julai lalu, hari yang sama pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk ketika dalam penerbangan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur.

Jelas beliau, juruterbang yang dianggarkan berusia lewat 20-an itu pulang ke pangkalan Tentera Udara Ukraine di Dnipropetrovsk tanpa peluru berpandu berkenaan, dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17.
“Berdasarkan maklumat saksi yang kami peroleh dari pangkalan tentera Ukraine, Voloshin kelihatan takut apabila memaklumkan dia tersalah tembak pesawat, dipercayai MH17 yang berada di lokasi kejadian pada waktu dan tempat yang salah.

“Saksi yang memberi maklumat itu kini berada di lokasi rahsia di Rusia dan segala laporan yang disalurkan boleh dipercayai kerana dia lulus dalam ujian pembohongan,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita Mail Online.

Sementara itu jurucakap jawatankuasa terbabit, Vladimir Markin berkata, Voloshin perlu menjalani ujian pembohongan yang dengan pemantauan pasukan penyiasat Belanda atau Malaysia bagi mengetahui kebenaran tentang insiden tersebut.
Selain itu katanya, tentera Ukraine juga perlu mendedahkan semua data penerbangan pesawat tentera pada hari kejadian dan membenarkan pihak berkuasa Rusia menyiasat pusat kawalan trafik udara negara itu.

“Kami masih menunggu jawapan daripada Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) berhubung perkara itu.

“Jika anggota penyiasat antarabangsa berminat untuk mengetahui kebenaran dan meminta maklumat daripada kami, saya sedia untuk berkongsi segala bukti yang telah dikumpulkan,” katanya.

Bunuh Dan Kerat - 9 Warga Myanmar Didakwa

  Sembilan daripada 12 lelaki Myanmar yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan rakan senegara mereka di Pulau Pinang akan didakwa di beberapa mahkamah esok dan lusa.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis telah mendapat arahan daripada Ketua Unit Perundangan negeri untuk mendakwa sembilan lelaki terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh, yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.


Manakala dua lelaki lagi akan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 dan seorang akan dibebaskan kerana didapati tidak terlibat dalam kejadian itu.

“Mereka (sembilan lelaki) akan didakwa esok dan lusa di mahkamah di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan mengikut lokasi kejadian pembunuhan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Pulau Pinang, hari ini.

Kes pembunuhan melibatkan rakyat negara itu mendapat perhatian apabila kumpulan rakyat Myanmar terbabit dikatakan memotong anggota badan mangsa mereka dan membuangnya di beberapa tempat di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam.

Sejak awal tahun lepas, 21 kes pembunuhan rakyat Myanmar dilapor di Pulau Pinang dan pada peringkat awal mayat dibungkus dengan kain putih seperti dikafan dan ditinggalkan di tepi-tepi jalan.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis akan menggunakan semua elemen termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi mengesan empat lagi lelaki Myanmar yang dipercayai anggota kumpulan suspek pembunuhan yang kini sedang ditahan.

Mereka dikenali sebagai Mohd Yahyar Khan Mohd Rafie, 42, pemegang kad UNCHR bernombor 354-13C05627; Lokman dan Gemuk berusia lingkungan 20-an serta seorang lagi yang berusia 30-an dan dipercayai telah keluar dari Pulau Pinang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung empat lelaki berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kata Abdul Rahim lagi, usaha mengesan kumpulan kedua yang disyaki terlibat dalam kes sama juga giat dijalan dan polis kini mengumpul maklumat mengenai mereka.

Beliau berkata ada antara mereka yang identitinya telah dikenal pasti dan dipercayai bersembunyi di beberapa lokasi di negara ini.

Papagomo Kantoi Lagi.. Diperintah Bayar Ganti Rugi

  
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang blogger membayar ganti rugi kepada seorang peguam bersabit dengan penyiaran artikel-artikel yang berbaur fitnah.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim mendapati ketiga-tiga artikel yang dimuatkan dalam laman web www.papagomo.blogspot.com merupakan fitnah terhadap Datuk Sukri Mohamed.

Mahkamah membenarkan rayuan Sukri untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, 31.

Hakim Abdul Aziz, yang mempengerusikan panel itu memerintahkan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi di Kota Baharu di Kelantan untuk taksiran ganti rugi.

Dalam keputusannya, Hakim Abdul Aziz berkata Mahkamah Tinggi gagal mempertimbangkan keterangan saksi-saksi yang mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi hanya mempertimbangkan seorang saksi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberi keterangan pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi SKMM tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai pemilik papagomo.blogspot.com.

Hakim Abdul Aziz berkata mahkamah (Mahkamah Rayuan) mendapati keterangan tiga orang saksi sudah cukup untuk mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Beliau juga memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar kos RM20,000 kepada Sukri bagi prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Sukri, 51, yang juga anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan dan bekas anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan menyaman Wan Muhammad Azri kerana menerbitkan ketiga-tiga artikel dalam laman web papagomo.blogsport.com pada 2011 yang didakwa memfitnahnya.

Wan Muhammad Azri, dalam pernyataan bela diri yang dipinda, menafikan yang dia adalah blogger Papagomo dan pemilik blog itu. Dia juga mendakwa penerbitan artikel itu bersifat mempertahankan justifikasi, ulasan yang adil dan berupa perlindungan bersyarat.

Sukri diwakili oleh peguam Hisham Fauzi sementara Wan Muhammad Azri mewakili dirinya sendiri.

CIA Terlibat Serangan Di Perancis

  Suspek serangan Charlie Hebdo kelihatan tenang sebelum menyerang pejabat majalah itu di Paris, minggu lalu.


SACRAMENTO - CALIFORNIA. Serangan berdarah di Paris minggu lalu dipercayai operasi palsu Biro Penyiasat Pusat (CIA), menurut penyelidik bebas Soraya Sepahpour Ulrich, di California.

Maklumat terbaharu mengesahkan, salah seorang lelaki yang bertanggungjawab dalam serangan mengorbankan 12 orang itu didakwa pernah tinggal bersama lelaki Nigeria yang gagal dalam sebuah misi pengeboman lima tahun lalu.

Menurut Press TV, Umar Farouk Abdulmutallab didapati bersalah cuba meletupkan bahan letupan disembunyikan dalam seluar dalamnya ketika menaiki penerbangan 253 Northwest Airlines dari Amsterdam ke Detroit, Michigan.

"Kejadian di Paris menimbulkan banyak teka teki dan seseorang perlu mencari jawapan serta hubung kait tentang apa sebenarnya yang berlaku," katanya.

Menurutnya lagi, seperti contoh pada 2012 dunia diberitahu bahawa Abdulmutallab bekerja dengan perisikan Arab Saudi dan CIA ketika melalui keselamatan lapangan terbang di Amerika Syarikat.

"Pembaca dihidangkan dengan banyak penipuan di mana maklumat akhir akan kembali kepada perkhidmatan perisikan seperti CIA. Seperti kes di Paris, ia mempunyai banyak keraguan dan tanda tanya," katanya.

Rugi RM11,000 Gara-Gara Langgar Kereta Suami Kerana Cemburu

 
Boleh tahan juga amarah penyanyi bernama Alyah ini apabila beliau sendiri mengakui telah sengaja melanggar kereta milik suaminya, Datuk Ramli MS ketika perbalahan kerana gambar yang telah dimuatnaik ke laman Instagram beberapa hari lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Alyah mengakui telah melakukan perkara tersebut kerana sudah hilang kawalan dan gagal mengawal emosi atas ‘perbuatan’ suaminya.

“Memang saya buat sebab masa itu saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi pada hari itu mungkin habis benda lain pun saya langgar. Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar biarlah kami berdua saja yang tahu,” ujarnya.

Penyanyi ini turut memaklumkan yang beliau terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM11,000 akibat perbuataannya itu untuk membaiki semula bahagian depan keretanya yang remuk selepas kejadian yang berlaku di hadapan kediaman mereka.

Ramli MS dalam kenyataan sebelum ini berkata kekecohan di media sosial yang dimulakan oleh Alyah sebagai satu langkah tidak bijak oleh isterinya itu. Kami berharap sangat pasangan ini sudah temui jalan damai antara mereka. Bahaya main langgar langgar.

Gadis Dakwa Dirogol Ketika Uji Bakat Dalam Bilik Hotel

 Seorang gadis berusia 22 tahun telah membuat laporan polis baru baru ini mendakwa beliau telah diperkosa seorang pelakon lelaki berusia 23 tahun ketika satu sesi uji bakat yang diadakan di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur baru baru ini.

Gadis itu hadir ke uji bakar tersebut selepas melihat iklan yang mencari bakat baru dalam bidang pengiklanan, lakonan dan model dengan bayaran sehingga RM500 sehari di internet.

Lebih kejam lagi, pelakon lelaki yang pernah membintangi beberapa drama tempatan itu juga telah mengugut untuk menyebarkan video mangsa dinodai sebelum memaksa gadis itu membayar RM1,000 ke dalam sebuah akaun bank.

“Suspek mendakwa akan membayar gaji RM500 sehari sekiranya mangsa lulus sesi temuduga itu. Pelakon itu kemudian bertemu mangsa di sekitar Ampang sebelum membawa gadis itu ke sebuah hotel di Ampang Waterfront. Mangsa juga dipaksa untuk berbogel kononnya sebagai syarat wajib untuk lulus,” menurut sumber seperti dlaporkan Harian Metro.

Pelakon lelaki itu bagaimanapun sudah diberkas polis daripada Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang pada jam 10.00 malam kelmarin. Beliau kini direman dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).

วันพฤหัสบดีที่ 15 มกราคม พ.ศ. 2558

PAPAGOMA NAK DIBANDINGKAN DENGAN NURUL IZZAH!!!

 
Dipinggir - pinggir telinga, terdengar beberapa orang sedang sanggap berbual sesama mereka sendiri. Topiknya macam biasa la, cerita pasal isu - isu Politik Semasa mengalahkan pakar.

Banyak yang dibualkan mereka sejak dari pukul 10 hingga lewat jam 1 pagi. Tapi, itu pun mujur sebab ada geng diorang nak balik dan kena bangun awal esok. Kalau tidak, entah pukul berapa pulak la jawabnya. 

Ada tanggung jawab diorang rupanya ek. Ingatkan jenis manusia yang tak de tanggungjawab. Ada anak bini yang ditinggalkan dirumah semata - mata nak berembang dikedai mamak.

Padahal, diorang tu semuanya baru balik dari masjid. Maklum la, malam tadi malam Jumaat. Semua orang pakat baca yassin. Nak harap diorang baca sendiri kat rumah, faham - faham sendiri je la.

Salah satu cerita yang menarik perhatian ialah mengenai kes cerai Si Nurul Izzah tu. Macam - macam jugak la hujah yang diberikan mengenai sebab musabab kenapa berlaku perkara sedemikian.

Ada jugak yang cuba nak membela Si Suami tu. Katanya, Si Suami tu yang tak tahan dengan perangai Isteri yang suka sangat kontrol semua benda. Sampai suami sendiri tak boleh nak buat apa - apa.

Yang lebih menarik ialah apabila ada yang kata, suami mana mampu bertahan jika Si Isteri tu suka sangat menabur fitnah tak tentu arah terhadap orang lain. Mana suami tu nak letak muka dia.

Dan pada ketika itu, ada MACAI yang cuba menyampuk. Katanya budaya memfitnah ni budaya UMNO. Sebab itu blogger macam Papagomo tu dikenakan tindakan oleh pihak mahkamah.

Masa itu yang buat kita tergelak. Nak jugak diorang bandingkan Si Papagomo tu dengan Si Nurul Izzah tu ek. Kiranya, tinggi jugak la taraf Si Papagomo tu dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu ye tak.

Mana tidaknya. Si Nurul Izzah tu Ahli Parlimen, Wakil kepada Rakyat, Naib Presiden PKR, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri. Boleh pulak nak disamakan dengan Papagomo?

Yang lebih menghairankan kita, macam mana orang macam Si Nurul Izzah tu pun boleh KANTOI menabur fitnah terhadap orang lain sedangkan dia ada jawatan dikalangan rakyat? 

Kalau setakat individu picisan macam Si Papagomo tu, lain la ceritanya. Itu membuktikan bahawa Si Nurul Izzah tu sebenarnya tak layak nak jadi seorang pemimpin sebab perangai dia sendiri pun memang Haramjadah!!!

Beza antara Si Nurul Izzah dengan Papagomo tu mudah je. Papagomo tak de sampai tahap diarahkan buat pengakuan kata dia fitnah orang lain!!! Tapi jenis pemimpin tak bertanggungjawab macam Si Nurul Izzah tu yang perlu malu dengan diri dia sendiri!!!

PELAJAR SERAH TUBUH UNTUK DIRATAH KERANA TAKUT KENA SANTAU


  Bimbang dengan ugutan kononnya dia akan disantau sekiranya enggan bertemu, seorang gadis terpaksa merelakan diri ‘diratah’ teman lelakinya sehingga mengandung dalam kejadian pada Jun tahun lalu.

Menurut sumber, mangsa, 16, dikatakan mengenali teman lelakinya yang berusia 19 tahun itu melalui aplikasi WeChat sebelum membuat keputusan untuk bertemu.

Bagaimanapun, keluarga mangsa yang mengesyaki perubahan tubuh mangsa kemudian membuat pemeriksaan di klinik sebelum tembelang gadis itu terbongkar apabila didapati mengandung tujuh bulan.

“Mangsa yang masih bersekolah akhirnya mengaku dirogol di rumah teman lelakinya sekitar Jun tahun lalu ketika bertemu untuk kali kedua selepas bimbang dengan ugutan santau.

“Terkejut dengan pengakuannya, keluarga mangsa membuat laporan polis pada Rabu lalu,” katanya.

Sumber itu berkata, sebaik menerima laporan daripada mangsa, sepasukan polis kemudiannya berjaya mengesan suspek dan menahannya di sekitar daerah ini sehari kemudian. Lelaki berkenaan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"ARTIS" JUAL GAYA DICEKUP KETIKA BERAKSI


 Bukan hanya suara, malah pakaian seksi dan gerak-geri menggiurkan sekumpulan penyanyi wanita dari Thailand turut diberi markah oleh pengunjung sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai, di sini, dan markah itu bakal menentukan jumlah tip yang bakal diterima.

Anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri yang menyerbu pusat hiburan itu kira-kira jam 1 pagi semalam, menemui kalungan bunga dan selempang tertulis nilai wang antara RM100 hingga RM500 yang dipercayai tip pelanggan yang diberi kepada kumpulan penyanyi berkenaan berdasarkan markah.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri Hasbullah Abd Rashid berkata, operasi berkenaan membabitkan 42 pegawai serta anggota imigresen, mereka menyerbu tiga pusat hiburan di sini.

Beliau berkata, kumpulan penyanyi dari negara jiran itu ada lima pemuzik, penyanyi lelaki serta enam penyanyi wanita berusia 20-an dan mereka ditahan kerana pelbagai kesalahan termasuk berpakaian seksi serta melakukan persembahan tidak mematuhi syarat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

“Lima penyanyi wanita Thailand itu berpakaian mengghairahkan iaitu berseluar pendek selain ada unsur pemberian tip yang melanggar syarat.

DAH SINGLE

 Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli perniagaan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Ahmad akhirnya bercerai talak satu. 
Raja Ahmad Sharir melafazkan talak pada pukul 4.17 petang dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mohd Amran Mat Zain pada Khamis. 

Izzah telah memfailkan prosiding penceraian pada Disember 2013.


Perkahwinan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berakhir hari ini selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini. 

Raja Ahmad Shahrir, 36, ketika melafazkan cerai itu dengan lancar dan tenang berkata, "Saya Raja Ahmad Shahrir Iskandar dengan ini menceraikan isteri saya, Nurul Izzah Anwar dengan talak satu mulai hari ini".

Nurul Izzah, 35, yang berdiri di sebelah peguamnya Nor Mawaddah Ramli kelihatan serius dan tenang selepas Raja Ahmad Shahrir melafazkan cerai itu. 

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain membenar dan mensabitkan jatuh talak satu, kali pertama selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai secara bersama.

"Selepas mendengar lafaz cerai dari pihak defendan (Raja Ahmad Shahrir) mahkamah berpuas hati bahawa lafaz tersebut adalah benar dan memberi kesan kepada ikatan perkahwinan. 

"Mahkamah dengan ini mensabitkan jatuh talak satu kali pertama mulai hari ini, jam 4.17 petang ini, ke atas Nurul Izzah Anwar selaku plaintif," katanya yang turut memerintahkan Nurul Izzah beriddah tiga kali suci. 

Terdahulu, peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir, memberitahu mahkamah bahawa, kedua-dua pihak bersetuju sekiranya mereka berkahwin lain, hak penjagaan anak tertakluk mengikut Seksyen 82 dan 83(a)

Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Seksyen itu menyatakan sekiranya isteri berkahwin dengan lelaki lain, hak penjagaan anak-anak boleh diserahkan kepada pihak suami. 

Semasa ditemui media di luar mahkamah, Raja Ahmad Shahrir kelihatan sebak ketika diminta mengulas mengenai pengakhiran perkahwinannya dan berkata "sila bercakap dengan peguam saya". 

Nurul Izzah pula pada mulanya enggan memberikan sebarang komen tetapi kemudiannya berkata "Thank you for respecting my privacy" (Terima kasih kerana menghormati privasi saya). 

Azmi memberitahu media bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak membuat tuntutan mutaah (bayaran saguhati wajib untuk isteri yang diceraikan), iddah dan harta sepencarian tetapi pihak defendan bersetuju untuk membayar nafkah kedua-dua anak sebanyak RM1,500 sebulan. 

"Mengenai hak penjagaan terhadap kedua-dua anak; telah dipersetujui secara bergilir iaitu kedua-dua anak tersebut akan bersama dan bermalam dengan plaintif bermula pada hari Isnin, jam 8 malam sehingga Jumaat jam 6 petang.

"Manakala anak-anak tersebut akan bersama defendan bermula hari Jumaat jam 6 petang sehingga Isnin, jam 8 malam," katanya. 

Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju bahawa cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha bersama anak-anak adalah secara bergilir tahun. 

Bagi Hari Raya Aidilfitri tahun 2015, kedua-dua anak tersebut akan bersama dengan plaintif pada malam hari raya sehingga petang hari raya ketiga. 

Defendan boleh mengambil kedua-dua anak tersebut pada petang hari raya ketiga di rumah plaintif. 

Nurul Izzah, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai pada Dis 2013 mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. 

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah. 


Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan, kini berumur lapan tahun, dan seorang anak lelaki kini berusia lima tahun.