วันพฤหัสบดีที่ 15 มกราคม พ.ศ. 2558

Tak suka lelaki sentuh saya – Felixia Yeap

 
PETALING JAYA: Felixia Yeap atau nama Islamnya, Raisyyah Rania memberi teguran di laman Facebooknya dan rata-rata ramai yang bersetuju dengan pandangannya berhubung aksi berpelukan gadis Melayu bersama bintang K-Pop.
Felixia berkata, semasa menjadi seorang model berimej seksi sehingga berhijab beliau tidak mahu disentuh lelaki, ”Saya tak suka lelaki sentuh dan peluk walaupun hanya sekadar untuk bergambar kenangan”.
“Tangan-tangan yang sempat ‘menjalar’ di bahu pun saya tepis dan kadang-kadang siap tegur kuat-kuat, ‘Sory sir, No Touching’,” jelasnya.
Katanya, beliau tidak faham kenapa wanita bertudung yang menjadi viral di laman sosial itu teruja dan suka sampai sendiri yang memeluk artis lelaki K-Pop itu.
Felixia juga menyatakan pandangannya bintang K-Pop itu tidak bersalah kerana tidak mengetahui agama dan budaya orang Malaysia.
“Dah adik-adik bertudung itu gembira sahaja apabila diberi peluk dan siap loncat-loncat lagi nak peluk bintang K-Pop itu semula,” dan menambah: ”Memang artis-artis K-Pop itu terima dengan hati dan tangan terbuka.”
Felixia juga menyatakan harapannya alangkah bagusnya jika wanita yang bertudung itu berkata “No” kepada artis K-Pop sekiranya mereka ingin memeluk di atas pentas.
“Terus jadi dakwah di atas pentas, renung-renungkannya,” nasihat model itu lagi.
Felixia juga berharap wanita bertudung yang dipeluk itu tidak dihentam kerana berpandangan setiap orang berhak untuk belajar dari kesilapan lalu.
Beliau menulis: ”Saya yang dulu pun pernah buat salah banyak. Dari masa ke masa pun ada juga dosa dan salah. Saya tak alim”.
“Lebih baik kita doakan mereka sedar dengan perbuatan “kurang enak” yang telah dilakukan,” ujarnya.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น