วันจันทร์ที่ 23 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Kenapa Yahudi Marah Tengok Karya Seni Ini !



Cuba tengok gambar yang dipamerkan di bawah. Ini merupakan karya seni yang memperlihatkan bagaimana kedudukan para penganut agama Islam, Kristian dan juga Yahudi sekarang.

Jika dilihat dari segi kedudukan, ternyata orang Islam sedang dipijak oleh orang Kristian. Manakala orang Kristian pula dipijak oleh orang Yahudi. Ertinya orang Yahudi berada di kedudukan paling kuat yang membolehkan mereka memijak semua umat lain yang ada di bawah mereka.

Paling teruk sudah tentu umat Islam. Mereka kena pijak dari semua sudut oleh semua umat lain khasnya dalam kategori agama langit.


Apakah reaksi ada sebaik saja melihat gambar yang tertera di bawah ini? sudah tentu rasa marah sebab tak puas hati kenapa umat Islam digambarkan dengan begitu hina sedemikian rupa?. Ini kerja Yahudi ni...! tentu itu salah satu daripada reaksi anda.

Umat Islam Belum Bangun

Saya tak tahu sumber maklumat karya seni ini dari mana dan di mana ianya dipamerkan. Saya ambil dari posting kat sini kerana ianya menarik untuk difikirkan oleh kita semua.

Nampak kasihan pada si Muslim yang ada di bawah sekali. Sedang sujud dengan kyusuk dalam keadaan dirinya dipijak oleh orang Nasrani dan juga di atas sekali orang Yahudi. Nampak seperti satu penghinaan yang menyedihkan.

Tapi jika difikirkan secara betul, memang begitulah realitinya keadaan orang Islam sekarang ini. Kita lemah dari segala sudut. Samada pendidikan, keilmuan, ekonomi, ketenteraan, diplomatik dan segalanya tercorot di sudut kecil yang tidak boleh dibanggakan langsung.

Apakah yang tak kena dengan umat Islam sekarang sedangkan kita sepatutnya menjadi umat pilihan yang terbaik berbanding segala umat yang lain. Kita sepatutnya pencetus segala kebaikan dan pejuang mencegah keburukan. Tak kisah samada dunia atau akhirat.

Tapi apa yang buruk semuanya ada pada kita. Pejuang yang mendakwa mereka penegak kebenaran bunuh orang ikut suka hati mereka, ekstrim bakar orang dan bom orang awam sesuka hati. Pejuang dengan label Islam di negara kita juga sangat fokus pada hukuman sejak dari selepas merdeka sampai sekarang yang masih tak mampu mereka bentangkan dengan cara yang meyakinkan semua orang.

Ada golongan yang mendakwa mereka sebagai pewaris Nabi juga dah mula berjinak-jinak dengan fitnah dan serangan peribadi pada kumpulan sendiri yang dianggap sebagai parasit atau munafik seolah-olah mereka ada ilmu laduni untuk membuka isi hati orang lain.

Umat lain cukup hanya menggunakan sesama kita untuk pecah belah dan melemahkan kita semua yang masih tak bangun-bangun bercakaran sesama sendiri dan lupakan pembangunan mental dan fizikal. Yang fokus pada pembangunan fizikal, abaikan mental manakala yang fokus pada mental lupakan pembangunan fizikal.

Anda boleh berikan pendapat di ruang komen di bawah dan buat pentafsiran anda sendiri supaya boleh sama-sama kita bahaskan. Perbahasan terbuka boleh mencerahkan minda kita kerana gabungan daripada berbagai sudut boleh melengkapkan banyak perkara...



ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น